Friday, January 18, 2013

#015 Bosan dan Letih.

Penat. Bosan. Tired. Bored. Perkataan yang berlainan tapi membawa maksud yang sama.

aku penat dengan telatah perangai manusia yang tidak henti mencemburui manusia yang lain. apakah mereka tidak mempunyai kerja lain selain mencemburui antara satu sama lain.

aku bosan mendengar ''saya sayang awak and kalau ada jodoh saya terus pinang awak'' dan menunggu seseorang yang tidak pasti mempunyai perasaan yang sama. aku bosan..aku bosan !!

aku letih melihat anak muda berpakaian tidak senonoh dengan short pants dan baju ketat nya sambil bangga diri dibawa oleh jantan membawa motor RXZ..adakah itu sesuatu yang perlu dibanggakan ? apakah mereka tidak menghargai jasa ibu bapa mereka? begitu rendah kah martabat ibu bapa dalam hati mereka ? apakah mereka tidak langsung hormat ibu bapa mereka ? apakah mereka mahu mengheret ibu bapa mereka ke neraka ? cilake...apa mereka tidak tahu balasan di sana nanti..? ya ! aku pernah freehair dan dan berpakaian agak tidak senonoh. aku mengaku. tapi masa lampau hanya tinggal sejarah. masa hadapan pasti lebih cerah.

aku letih mendengar...
''ah...nak buat perubahan tak perlu terlalu drastik...''
'' sikit-sikit sudah...''
ayat cilake apakah ini...? dalam keadaan sekarang bukankah perubahan drastik itu mungkin mampu menolong kita. ya ! mungkin juga tidak berubah secara drastik. sikit-sikit. tapi itu cuma kata-kata kosong dari seseorang yang tidak kenal apa itu TAUBAT ! kita tidak tahu bila ajal kita tiba jadi perlukah kita menjadikan MUDA sebagai alasan untuk berubah ?

Ya..saya bukan muslimah yang memakai tudung litup, tutup segala aurat nya serta sering menggunakan tatabahasa yg tak patut digunakan oleh seorang perempuan bertudung. tapi itu sekadar dalam bentuk penulisan. Bukan kan itu berbeza ?

dan aku sedih kerana hanya mampu mengucap 'astaghfirullahalazim'. aku sedih kerana tidak mampu menegur mereka. aku terlalu takut. ya ! takut menegur dan menegak sesuatu yang benar. lumrah manusia.

aku hanya mampu berdoa di setiap solatku..
''ya allah..kau ampunkan lah dosa-dosa mereka, kau bukalah pintu hati mereka untuk menerima cahaya hidayah mu...amin...''

semoga mereka berubah sebelum terlambat.

p/s: sekali sekala kita perlu saling mengingati supaya kita akan bahagia bersama-sama disana. maaf, enrty kali ini agak hambar, tapi itu adalah perasaan yang tidak mampu untuk aku luahkan. sekian, terima kasih sudi baca.


No comments:

Post a Comment

latest news !
current kerjaya : mengacau orang & student practical

credit to

background : kemetot chomel
freebies : cikin