Wednesday, November 20, 2013

#71 Remaja Syahid : Ahmad Ammar bin Ahmad Azam

assalamualaikum...

hari ni aku tak nak cerita panjang, just nak share cerita tentang remaja yang meninggal di bumi constantinople, beliau mati syahid di sana. maybe aku lambat sikit share story ni sebab aku tau cerita ni pun lewat petang tadi, tu pun lepas trending kat twitter. Saudara AMMAR disemadikan di Tanah Pekuburan Syuhada Panglima2 Uthmaniyah di Turki. al- fatihah untuk beliau.

Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" - 

"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."


Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.

ramai yang tertanye-tanye siapakah Ahmad Ammar bin Ahmad Azam ?

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam



Perkongsian dan Muhasabah Diri

Saudara AMMAR disemadikan di Tanah Pekuburan Syuhada Panglima2 Uthmaniyah di Turki

Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" - 

"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."


Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki


Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. 

Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.



Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

''Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.''

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki ??

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.
Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.


ikuti kisah beliau di sini : youtube

di bawah ini merupakan kata-kata terakhir beliau...


sekian.

info : FB - Aniep Ismail

2 comments:

latest news !
current kerjaya : mengacau orang & student practical

credit to

background : kemetot chomel
freebies : cikin